5 Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Kesihatan Yang Ramai Belum Tahu
5 Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Kesihatan
1. Mengikut kajian penyelidik, air kelapa muda adalah antara minuman semulajadi yang paling berkhasiat seperti dalam kenyataan berikut
2. Anda demam atau pun cuaca panas terik? Minumlah air kelapa kerana ia membantu menyegarkan minda dan menyejukkan badan terutamanya pada hari yang panas terik.
Komposisi yang unik membekalkan oksigen dan nutrisi ke dalam badan. Ia mampu membuatkan kita lebih segar dan lebih bertenaga setelah meminumnya.
3. Bagi yang mahu mengawal berat badan air kelapa juga sangat membantu. Pengambilan air kelapa secara berterusan dan komposisi air kelapa itu sendiri mampu meningkatkan imuniti badan secara semulajadi.
4. Air kelapa juga bagus untuk masalah pedih ulu hati. Ia kaya dengan fiber dan membantu proses penghadaman. Selain itu air kelapa juga bagus di amalkan oleh ibu hamil kerana ia termasuk dalam 5 Amalan Ketika Hamil Kurangkan Jaundis Bayi Baru Lahir.
5. Anak-anak ada masalah cacing? Air kelapa boleh di gunakan untuk merawat masalah cacing secara semulajadi.
Mengikut pendapat pakar, air kelapa seelok-eloknya diminum terus setelah dikopek. Semestinya tanpa campuran gula atau ais bagi mengekalkan khasiat aslinya.
Ia tiada kalori dan mengandungi asid laurik yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Ia juga telah ditapis dengan semulajadi dan ada pendapat yang mengatakan bahawa air kelapa lebih baik dari minuman isotonik yang ada di pasaran kerana kandungan gulanya yang tinggi dan berkarbonat.
Saya memang lama tak minum. Hanya setia pada Performance Orange sejenis minuman isotonik juga tetapi bebas gula dan tidak berkarbonat sesuai dengan perut gastrik saya ni.
Saya secara peribadi gemar minum air kelapa ketika menghadapi masalah muntah ataupun cirit birit kerana ia mampu mengembalikan semula tenaga yang hilang. Masa mengandung dulu kalau kiraan baby lambat je nak cukup 10, saya mesti minum air kelapa. Dengan izin Allah, baby aktif lepas tu.
Cumanya ada nasihat menyatakan bagi wanita yang melahirkan anak kurang dari umur setahun tidak di galakkan minum air kelapa di bimbangi sakit urat. Wallahualam
Semoga bermanfaat.
ID 868991
Pos: Seluruh Malaysia
Artikel Menarik Untuk Dibaca:
1. 3 Makanan Ketika Sakit Perut Yang Anda Perlukan Jika Mahu Cepat Sembuh
2. 7 Faktor Mempengaruhi Berapa Banyak Air Perlu Diminum Sehari Agar Badan Tak Lesu
One Response
Air kelapa pandan sedap! Lepas tahu tips ni, rasa nak beli kelapa pandan buat sotk kat rumah =)