Tingkatkan Sistem Imun: 6 Jenis Makanan Yang Perlu Anda Amal

Ada ke makanan tingkatkan sistem imun? Terus terang, Saya dah tak larat nak ambil cuti bila musim selesema melanda.
Bos kat ofis dah mula tegur sebab anda kerap sangat ambil cuti sakit. Kadang-kadang bergilir-gilir dengan anak-anak sakitnya. Terpaksa pulak ambil cuti tahunan sebab nak jaga mereka.
Sebenarnya selain faktor cuaca, terdapat juga faktor lain yang boleh menyumbang kepada kesihatan tubuh kita.
Perkara yang boleh anda lakukan adalah dengan menguatkan sistem pertahanan tubuh agar ia dapat melawan serangan patogen yang mengakibatkan jangkitan penyakit. Saya kongsikan 6 Jenis Makanan Tingkatkan sistem Imun Agar Jarang Jatuh Sakit sebagai panduan.
Makan Dengan Betul
1. Jangan Makan berlebihan
Rasanya kita semua tahu makan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan bukan? Bukan itu sahaja ia juga melemahkan sistem pertahanan badan kerana mengurangkan ketahanan terhadap jangkitan.
2. Pilih Makanan Yang Betul
Jenis makanan yang di pilih juga tidak kurang pentingnya. Terdapat nutrien dalam makanan yang membantu meningkatkan sistem pertahanan badan contohnya:
a) Makanan kaya dengan Vitamin C – buah-buahan sitrus dan brokoli
b) Makanan kaya dengan Vitamin E – kekacang dan bijirin
c) Bawang putih
d) Makanan kaya dengan zink – kekacang, tiram, ketam, daging lembu
e) Makanan yang mengandungi bioflavonoid – buah-buahan dan sayur-sayuran
f) Makanan kaya karotena – lobak dan keladi
Tingkatkan Sistem Imun Dengan Suplemen Semulajadi
Selain dari makan makanan sebenar di atas, saya juga sebenarnya dah jatuh hati dengan 3 jenis suplemen semulajadi yang membantu meningkatkan sistem imun.
a) Vitamin C Sustained-Released
Bukan apa, kadang-kadang kita rasa kita dah makan cukup, tapi sebenarnya tidak. Bayangkan lah kan kalau nak cukupkan dos harian keperluan vitamin C biasa, saya kena telan 7 setengah biji oren!
Mak datuk banyaknya! Macam mana nak makan banyak macam tu untuk cuckupkan minimum 500 mg vitamin C? Kalau mampu telan pun sehari je lah kot. Esoknya tak larat nak beli dah sebab kos buah oren pun mahal jugak ye tak?
Jadinya saya ambil tambahan Vitamin C Sustained-Released ni. 1 biji 500mg dos vitamin C nya. Kira cukup memenuhi keperluan nutrisi harian saya. Sebotol ni ada 180 biji tau. Sehari bajet dalam 50 sen sahaja tau. Kalau beli 7 biji oren sehari dah berapa?
b) Garlic Complex
Lagi satu pilihan saya semestinya Garlic Complex ni juga. Sebotol ada 60 biji. Saya suka sebab saya tak lalu nak makan bawang putih mentah tu.
Yang bestnya bila amalkan garlic ni baunya tak kuat sangat dan boleh buang angin dalam badan jugak. Memang ringan sangat rasa badan tau bila toksin keluar.
3) Nutriferon
Suplemen terakhir yang saya amalkan setiap minggu adalah Nutriferon ni. Ia membantu meningkatkan imuniti badan dengan merangsang penghasilan interferon semulajadi dalam badan untuk menentang jangkitan.Ia terhasil dari kajian 40 tahun pakar imuniti di Jepun dari sumber tumbuhan.
Jom Order Sekarang
Anda telah lihat bagaimana produk-produk ini mampu membantu anda. Malah, produk Shaklee disokong oleh kajian klinikal yang mendalam. Ia disokong oleh Kajian Landmark yang semestinya membuktikan produk Shaklee berkesan!
Jika anda atau ahli keluarga anda kerap jatuh sakit dan banyak memperuntukkan bajet dengan rawatan di hospital serta membeli ubat-ubatan tetapi masih sama je tahap kesihatannya, mungkin anda perlukan sedikit ikhtiar untuk meningkatkan sistem imuniti badan anda dahulu.
Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubat.
Anda mahukan tawaran yang lebih baik? Mungkin diskaun 10-15%? Hubungi saya sekarang. Ada rahsia yang ingin saya kongsikan yang pastinya amat berbaloi-baloi!
5 Responses
Nasib baik Ada makanan yang saya suka makan..boleh tingkatkan sistem imun badan..btw. Saya dah follow blog sis..hope sis follow blog saya di http://www.penselduabee.blogspot.com
Alhamdulillah. Semoga terus istiqamah mengamalkannya.
Makan makanan sunnah Insyaallah kesihatan kita terjaga.Pahala dapat kesihatan dapat.
Semua makanan yang Halal dan baik adalah makanan sunnah 🙂
Terimakasih informasinya, Pak Riza..
Salam serumpun dari negeri seberang 😉
Jimmy Ahyari recently posted…Stimuno untuk Balita