6 Mitos Tentang Tinnitus Yang Menghalang Pesakit Mendapatkan Rawatan

Created with Sketch.

6 Mitos Tentang Tinnitus Yang Menghalang Pesakit Mendapatkan Rawatan

Bagaimanakah rasanya untuk mendengar bunyi loceng secara berterusan di telinga? Bagi sesetengah orang, keadaan ini berlaku pada setiap masa dan ini sedikit sebanyak menggangu sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah lain. Namun, pelbagai mitos telah menghalang pesakit untuk mendapatkan rawatan di hospital

Apa Itu Tinnitus?

Secara mudah, tinnitus adalah keadaan di mana seseorang itu menyedari kewujudan bunyi seperti berdesing di dalam kepala tanpa kehadiran sebarang bunyi di persekitarannya pada masa yang sama. 
Bunyi yang hadir berbeza mengikut pesakit iaitu seperti:
  • bunyi loceng atau lebah yang sedang terbang
  • bunyi air terjun mengalir
  • bunyi udara bergerak di dalam botol yang kosong.

Namun yang pasti, desingan bunyi  tersebut  mempunyai satu nada dan satu pic yang tertentu.

6 Mitos Tentang Tinnitus Yang Menghalang Pesakit Mendapatkan Rawatan
1.Tiada apa yang dapat dilakukan jika telinga anda berdesing
Ramai pesakit yang pergi mendapatkan rawatan doktor pulang hampa apabila ada doktor mengatakan tiada apa boleh dilakukan bagi mengatasi tinnitus.
Mereka kerap diberitahu simptom ini akan hilang sendiri dan perlu mencari jalan sendiri untuk menghindarkannya.
FAKTA : Terdapat pelbagai jenis rawatan yang berkesan bagi menangani masalah ini. Namun syarat pertama adalah JUMPA DOKTOR TERLEBIH DAHULU

2. Berlaku hanya waktu untuk sementara sahaja. Ia akan hilang sendiri

Ada jenis-jenis tinnitus yang berlaku untuk tempoh yang pendek dan ini kebanyakannya berpunca daripada pendedahan terhadap bunyi yang kuat. Namun, ada juga beberapa jenis yang berlaku dalam tempoh yang lama atau berulang-ulang.

3. Ada ubat yang boleh menyembuhkan tinnitus

Ada beberapa syarikat yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan mengatakan produk mereka mampu menyembuhkan tinnitus. Namun begitu, bergantung kepada penyebabnya, tiada satu ubat yang mampu menyembuhkan tinnitus hanya dengan sekelip mata

4. Alat bantuan pendengaran tidak boleh membantu pesakit tinnitus

Dalam kebanyakan kes, penggunaan alat bantuan pendengaran boleh membantu mengurangkan kesan tinnitus terutamanya yang melibatkan kehilangan fungsi pendengaran.

5. Tiada kaitan antara tinnitus dan pekak

Pesakit tinnitus turut mempunyai risiko untuk mengalami kehilangan deria pendengaran. Malah, British Tinnitus Association menganggarkan hampir 90% pesakit tinnitus hilang deria pendengaran

6. “Saya tidak pernah mendengar muzik yang kuat. Saya tidak akan mengalami tinnitus”

Pendedahan terhadap bunyi yang kuat sememangnya adalah penyumbang utama berlakunya tinnitus. Namun begitu, terdapat beberapa faktor lain yang boleh meningkatkan risiko anda mengalami tinnitus.
Tinitus adalah satu kondisi yang tidak boleh dipandang mudah dan dibiarkan begitu sahaja. Pesakit yang mengalaminya perlu mendapatkan rawatan doktor dengan segera bagi mengenalpasti punca tinnitus berlaku dan cara-cara untuk mengatasi tinnitus sebelum ia melarat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..
Powered by
Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com