6 Tips Mudah Cerdaskan Minda Dan Tajamkan Ingatan Anak Umur 1-2 Tahun

Created with Sketch.

6 Tips Mudah Cerdaskan Minda Dan Tajamkan Ingatan Anak Umur 1-2 Tahun

Rata-rata semua ibubapa mengidamkan anak yang sihat, cerdas dan aktif. Anak yang sihat akan mudah memberi tumpuan, belajar sesuatu yang baru penuh minat dan jarang jatuh sakit.
Amatlah perlu kita sebagai ibubapa untuk menyediakan anak ke arah situasi ini. Ia harus bermula sejak dari dalam kandungan dengan bacaan ayat Al-Quran, zikir dan kata-kata yang positif. 
Minda yang cerdas sejak kecil mampu membentuk peribadi anak kita apabila mereka dewasa kelak. Jom saya kongsikan 6 Tips Mudah Cerdaskan Minda Dan Tajamkan Ingatan Anak Umur 1-2 Tahun.

Tip #1

Jangan memaksa si kecil untuk melakukan sesuatu  jika dia tidak mahu. Berikan masa untuk dia melakukan aktiviti yang di pilih bukan yang kita pilih. Bersabarlah ya ibupa menghadapi kerenah ini. Tapi jangan lupa sentiasa memantau aktiviti mereka.

Tip #2

Beri galakkan dan pujian. Sudah pastinya kanak-kanak suka kepada 2 perkara ini. Jangan pandang rendah kemampuan dan kemampuan anak pada peringkat usia begini.

Tip #3

Sediakan ruang khas untuk mereka bermain dan beraktiviti. Mereka juga perlukan privasi untuk mengasah bakat dan kreativiti dengan baik. Dari sini nanti anda boleh perasan kecenderungan mereka.

Tip #4

Berikan pelukan. Sayang peluk. Marah peluk. Hargai peluk. Kuasa pelukan mampu melembutkan hati kerana sentuhan adalah tingkah laku magis buat si kecil. Melalui cara ini dia akan merasa ibu bapanya amat menyayanginya.

Tip #5 

“Adik pandai!”
“Hebatnya anak ibu!”
“Abah bangga dengan hasil kerja abang!”
Kata-kata yang memberi motivasi kepadanya mampu membuatkan si kecil merasa bangga pada dirinya sekaligus meningkatkan keyakinan mereka.

Tip#6

Banyakkan berdoa; ketika solat, bila-bila teringatkan anak dan kalau boleh teman mereka masuk tidur.
Antara doa yang di sarakan oleh Shofiqolbu adalah membaca Surah Taha Ayat 25-28.
tips cerdaskan minda
Dan sebelum anak-anak tidur, luangkan masa membaca ini untuk mereka:
Semoga perkongsian 6 tips mudah cerdaskan minda dan tajamkan ingatan ini memberi manfaat buat anda.
Selamat beramal.
Your Trusted SID

 

 
ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

 

2 Responses

  1. ros says:

    anak kecil ni kalau kita puji, memang diorg akan rasa bangga teramat sangat. senyum pun sampai telinga. memang bagus untuk tingkatkan keyakinan mereka.
    kalau kita marah, diorg akan rasa down. dah tak nak cuba dah, takut kita marah lagi.

  2. Tips no 3 tu saya suka. Saya ingat lagi masa kecik dulu, saya memang ada bilik khas untuk main barang permainan saya puas-puas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..
Powered by
Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
%d bloggers like this: