Acute Gastroenteritis (A.G.E): Penyakit Simple Tapi…

Created with Sketch.

Acute Gastroenteritis (A.G.E): Penyakit Simple Tapi…

acute-gastroenteritis

Acute gastroenteritis aau AGE? Nampak macam ntah hapa-hapa je. Tapi inilah nama sebenar penyakit yang anda alami jika sentiasa cirit-birit, muntah-muntah dan sakit perut.

Kenapa Nak Kena Tahu Pasal Acute Gastroenteritis (AGE)?

Apabila musim cuti bermula, maka kenduri kendara pun mesti banyak diadakan. Kadang-kadang sampai tak terpergi..betul tak?

Tapi pernah tak anda alami sakit perut yang menyakitkan dan memulas (abdominal pain+cramp)? lepas tu kena cirit birit, muntah, demam sampai tahap sakit-sakit badan?

Jika ada, anda mungkin mengalami satu keadaan yang kita panggil A.G.E..bukan umur ye..tapi ni akronim untuk Acute Gastroenteritis (sila rujuk doktor anda untuk confirmation ye?)

Definisi Acute Gastroenteritis (AGE)

Acute gastroenteritis adalah satu keadaan di mana berlaku keradangan atau inflammation (-itis) di sepanjang salur pencernaan manusia.

Ia banyak berlaku terutamanya di bahagian perut (gastro-) dan usus kecil (-entero).

Apakah Tanda-Tanda Berlakunya Acute Gastroenteritis?

Terdapat beberapa simptom yang akan dihadapi jika anda mengalami A.G.E ini. Namun begitu, anda tidak semestinya mengalami kesemuanya untuk mengesahkan anda mengalami A.G.E. Tanda-tanda atau simptom Acute Gastroenteritis adalah seperti berikut:

  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Sakit perut yang seperti memulas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit-sakit badan/sakit-sakit otot
  • Badan terasa seperti tiada tenaga
  • Apabila ini terjadi, tubuh akan mengalami dehidrasi yang merupakan komplikasi utama cirit brit.

acute-gastroenteritis

Berapa Lama Acute Gastroenteritis (AGE) Akan Berlaku?

Secara puratanya, simptom-simptom yang disenaraikan di atas akan hilang selepas tiga hari hingga seminggu.

Namun bergantung kepada tahap kesihatan pesakit serta penyebab atau patogen yang menyebabkan A.G.E ini berlaku.

Bagaimana Acute Gastroenteritis (AGE) Boleh Berlaku?

Kebiasaannya, Acute Gastroenteritis boleh disebabkan oleh jangkitan virus seperti rotavirus, jangkitan bakteria seperti  Escherichia coli, Salmonella, Shigella, and Campylobacter species.

Bolehkah Acute Gastroenteritis (AGE) Berjangkit?

Acute gastroenteritis boleh berjangkit melalui beberapa cara:

  • Pengambilan makanan yang tidak dimasak sempurna
  • Pengambilan air yang tidak bersih
  • Bersentuhan dengan pesakit yang telah dijangkiti

Bagaimana Acute Gastroenteritis (AGE) Didiagnosis?

Acute Gastroenteritis (AGE) A.G.E selalunya didiagnosis secara klinikal oleh Doktor Perubatan yang terlatih, Namun begitu, tahap dehidrasi akan menjadi indikator utama bagi proses diagnosis ini.

Beberapa tanda yang mungkin diperiksa adalah “sunken eyes”, tidak aktif, air mata menjadi kurang, dan mulut serta kulit yang kering.

Namun begitu, harus diingat bahawa dehidrasi merupakan bahaya utama yang diakibatkan oleh gastroenteritis.

Kehilangan cecair semasa muntah serta cirit birit akan mengakibatkan ketidakseimbangan eletrolit di dalam badan.

ika tahap dehidrasi tidak dikawal, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri pesakit. Risiko akibat dehidrasi meningkat jika ia dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan.

Bolehkah Acute Gastroenteritis Dicegah?

Sepertimana yang telah disebut di atas, Acute Gastroenteritis boleh merebak atau berjangkit melalui 3 cara. Oleh yang demikian, beberapa langkah pencegahan perlu diambil sekiranya ia mula berlaku di sekeliling anda termasuklah:

  • “Personal hygiene” termasuklah teknik membasuh tangan dengan betul
  • Penyusuan ibu adalah digalakkan terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak.Susu ibu mampu menurunkan frekuensi serta tempoh jangkitan berlaku
  • Mengelak mengambil makanan atau minuman yang diragui tahap kebersihannya

Apakah Rawatan Yang Disyorkan bagi Acute Gastroenteritis (AGE) Ini?

1. REHIDRASI

Rehidrasi adalah ‘cornerstone’ dalam rawatan bagi A.G.E. Pesakit perlu sentiasa dalam keadaan terhidrat dan ia perlu dikekalkan sepanjang simptom-simptom A.G.E masih ada.

Pesakit yang tidak mengalami dehidrasi perlu senantiasa minum air yang mencukupi.

Elakkan :

  • Minuman beralkohol
  • Kafein yang mudah didapati dari teh dan kopi juga perlu dielakkan kerana kafein boleh meningkatkan pengeluaran air kencing.

Bagi pesakit yang mengalami “mild to moderate dehydration”, mereka perlu perlu dirawat dengan ORS atau Oral Rehydrating Solutions yang mengandungi glukos serta elektrolit bagi membantu menyeimbangkan kembali elektrolit di dalam tubuh.

Terdapat pelbagai produk yang dihasilkan secara komersil termasuklah Performance Drink daripada Shaklee. 

acute-gastroenteritis

  • Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.
  • Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain
  • Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

2. DIET

BRAT diet yang mengandungi pisang (Banana), beras (Rice), sos epal (Applesauce) dan roti bakar (Toast) tidak digalakkan kerana mengandungi kurang nutrien.

Ramai penyelidik yang mengesyorkan diet yang mengandungi karbohidrat kompleks (beras, gandum, roti dan kentang), yogurt, buah-buahan dan sayuran.

Selain itu, pengambilan produk tenusu adalah dibenarkan sekiranya ia memang menjadi diet harian pesakit tersebut.

3. FARMAKOTERAPI

Secara asasnya, farmakoterapi atau pengunaan ubat-ubatan adalah bertujuan untuk mencegah komplikasi dan juga sebagai prophylaxis.

Kerapkali, ubat-ubatan dari kelas ” anti-diarrheal” dan “anti-motility” senantiasa dipreskrib kepada pesakit (Sila dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi anda terlebih dahulu). Namun begitu, penggunaannya di kalangan kanak-kanak adalah tidak digalakkan.

4. PROBIOTIK

Penggunaan probiotik semakin mendapat tempat di dalam rawatan A.G.E memandangkan ia didapati mampu membantu dalam memendekkan tempoh rawatan.

Mekanisme spesifiknya masih belum dapat dikenalpasti. Namun, ia mungkin

  • membantu dalam sintesis bahan bersifat antimikrob
  • meningkatkan “competition” dengan patogen penyebab penyakit terhadap nutrien di dalam badan
  • stimulasi “nonspecific” tindak balas sistem imun badan

Pelbagai produk probiotik terdapat di pasaran termasuklah Nutriferon keluaran Shaklee, satu-satunya produk yang dihasilkan oleh ahli imunologi terkenal Dr Yasuhiko Kojima, yang merupakan individu pertama di dunia yang menemui interferon pada tahun 1954.

acute-gastroenteritis

acute-gastroenteritis

5. AIR YANG BERSIH

Selain memastikan semua rawatan di atas dipatuhi, pencegahan merupakan langkah terbaik bagi memastikan Acute Gastroenteritis ini tidak berjangkit.

Minum air yang bersih dan menggunakannya semasa memasak dan sebagainya adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian.

Selain itu, minum air yang telah ditapis seperti menggunakan Get Clean Water Pitcher boleh membantu memastikan air yang kita minum adalah bersih daripada sebarang kotoran.

acute-gastroenteritis

Jadi cepat-cepatlah hubungi saya dan dapatkan produk-produk ini untuk diri anda sekarang. Ia sangat praktikal dan terbukti berkesan.

Jangan biarkan kesakitan ini mengganggu aktiviti harian anda kerana banyak lagi yang menuntut lebih perhatian contohnya suami dan anak-anak.

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

Shaklee Distributor & Bussiness Leader
Riza Afzan
012-4637064
Shaklee ID: 868991

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..
Powered by
Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com