Cara Mengatasi Masalah Kulit Akibat Produk Kosmetik Hampeh
Salah pilih produk kosmetik? Dah la kulit jadi menggerutu macam kulit katak. Jerawat pulak akan naik dengan banyak sampai bernanah. Jadi apakah ikhtiar anda untuk anda Atasi Masalah Kulit Akibat Produk Kosmetik Hampeh macam yang dihadapi mangsa di bawah?
Masa berita keluarkan cerita tentang kosmetik beracun beberapa hari lepas, ramai yang naik angin. Saya pun tak terlepas juga.
Sebenarnya berbulan-bulan sebelum kenyataan media tu saya dah panas hati dan naik angin sebenarnya. Biar betul? Ya, betul. Tak tipu. Tapi pada adik-adik saya lah. Terpaksa la mereka tadah telinga dengar ceramah saya.
Kenapa? Sebab mereka merupakan salah seorang dari mangsa kosmetik tu. Berkotak-kotak mereka berdua pakai, sampai satu masa ‘breakout’ teruk lepas berhenti.
“Kakak jual Shaklee, takkan adik tak pakai?”
Eh, jangan tak tahu. Saya dah berjaya buatkan Abah dan adik-adik pakai pencuci muka nutriwhite yang berasas dari 16 tumbuhan semulajadi. Saintis pun dah buat kajian khas untuk pastikan bahan-bahan tu semua mesra kulit wanita Asia macam kita. Lebih selamat.
Mereka juga makan Vitamin C yang dihasilkan dari ekstrak jagung tu. Pendek kata kulit muka adik-adik saya ni tak ada masalah langsung pun.
Tapi biasalah budak-budak baru nak up ni kan. Mudah terpengaruh dengan iklan, memang terpedaya dengan lebih-putih-lebih-cerah-lebih-cantik. Konon. Mungkin juga ‘founder’ produk tu dah bergelar jutawan, umur pun sekitar umur mereka juga jadi cukup menjadi penambah perisa untuk laku kan produk.
Pendekkan cerita, berkotak-kotak mereka pakai. Mereka hentikan penggunaan dan di situlah mimpi ngeri terjadi. Saya menjadi saksi naik jerawat besar di muka dan pipi. Siap pakej bernanah lagi. Memang kesian. Nak jumpa orang pun segan. Stress tengok muka kat cermin. Tapi saya yakin mereka belajar sesuatu yang berharga dari kisah ini.
Bukan mereka berdua sahaja, selepas itu saya di datangi ramai pelanggan yang mencari produk Shaklee untuk ikhtiar pulihkan kembali muka yang rosak. Mereka minta cadangan saya sebab dah terlanjur pakai produk hampeh. Tak kisah berapa harga janji muka pulih semula. Kesian kan?
Luluh betul hati saya masa dengar cerita pelanggan saya ni. Sampai hati sungguh peniaga tu jual barang yang memudaratkan pengguna sampai macam ni sekali.
Saya sentiasa pegang nasihat Dr Zubaidi yang mengatakan bahawa muka kita tak akan naik sebutir jerawat pun kalau kita pakai produk yang ada merkuri. Ini kerana lapisan epidermis, kulit bahagian luaran telah menipis dan rosak.
Kulit kalau dah rosak memang tak ada protein dan melanin. Dua-dua ni berfungsi untuk melindungi kulit kita dari pancaran matahari dan radiasi ultraviolet. Bakteria pun tak sudi nak hidup sebab ada bahan kimia merbahaya. Tapi kita rela hati pergi sapu kat muka? Kesian dua kali.
Dan bila lagi lama terdedah kepada merkuri ni dalam erti kata lain lagi lama anda pakai produk tu, kerosakan kulit yang berpanjangan akan terjadi. Kesannya ia menyebabkan kulit menjadi nanah. Bila terdedah kepada matahari, kulit jadi merah terbakar.
Oleh sebab itu nasihat saya, bila sampai kepada bab badan dan kesihatan diri, jangan terlalu berkira. Jangan ingat yang keluar iklan tu paling bagus. Jangan pilih nak yang murah tapi bagi kesan buruk pada badan sendiri. Apa gunanya?
Produk Shaklee memang tak pernah masuk tv atau sebarang iklan, tiada duta tetap. Tapi kami berani jamin setiap produk selamat, berkesan dan paling penting kami pengguna adalah duta bergerak yang nyata. Kami makan dan guna setiap hari tanpa gagal selama bertahun-tahun.
1. Baiki kerosakan sel-sel kulit dari dalam dengan Resveratrol dan Polifenol
Resveratrol dan polifenol telah terbukti berkesan dalam beberapa mekanisme yang telah terbukti secara saintifik. Bagi kes kerosakan sel-sel kulit, kedua-dua bahan ini mampu membantu dengan
- Menggalakkan pertumbuhan sel sihat dari dalam dari peringkat DNA. JIka sel yang dihasilkan sihat, kulit anda juga akan sihat
- Bertindak sebagai antioksidan yang bertanggungjawab meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab utama kerosakan sel-sel
2. Gunakan produk kulit atau skincare yang mesra kulit serta terbukti berkesan
Diasaskan dari 16 tumbuhan semulajadi. Saintis pun dah buat kajian khas untuk pastikan bahan-bahan tu semua mesra kulit wanita Asia macam kita. Lebih selamat.
Jika anda nak rangkaian produk kecantikkan kulit luaran dan dalaman, dapatkan konsultasi lengkap dengan menjadi pelanggan saya. Saya tunggu anda dengan rangkaian produk yang selamat, semulajadi dan berkesan.
Order Vivix Shaklee Sekarang
Cara 1:
Dapatkan Vivix anda dengan klik pada ikon Vivix di bawah, ikuti langkah seterusnya dan pihak Shaklee Malaysia akan terus membuat penghantaran menggunakan perkhidmatan kurier GDex atau CityLink.
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!
Sekiranya anda berada di sekitar Taiping, Kamunting & Simpang, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Taiping, Kamunting & Simpang
p/s : Jika anda hubungi saya, saya akan kongsikan rahsia bagaimana untuk dapatkan Vivix dengan harga yang terbaik tau 🙂
Cara 3 :Dah mula yakin dengan Shaklee? Jom sertai saya dalam grup bisnes DIVA #nuhanajah . Tapi macam mana nak daftar ya?
Shaklee Distributor & Bussiness Leader
One Response
ngeri sangat bila fikirkan balik.. sebab tu kita kena cari skincare yang semulajadi.. jangan terpengaruh dengan benda2 viral 🙂 btw, shaklee memang the best.. Nurul pun dulu salah pilih skincare dan menyebabkan kulit muka jadi teruk sangat.. lepas consume vita c plus shaklee baru la muka ok 😀
http://www.syahirahvaliant.com/2017/04/kesan-buruk-pengambilan-kafein.html