Cara Masak Ayam Goreng Rangup Tanpa Tepung Serbaguna Paling Mudah
1 Rejab 1436 Hijrah
20 April 2015
Isnin
Alhamdulillah
Dapat berpuasa semalam. Menyambut kedatangan Rejab bulan keberkatan. Elok la mula praktis berpuasa terutama bagi golongan ibu menyusukan seperti saya. Mudahan tak terlepek sangat bila Ramadhan menjelma.
Menu berbuka hari ini simple. Tomyam sayur tengahari tadi buat suami dan anak-anak. Saya hanya tambah ayam goreng dan ikan masin belanak je. Air sirap performance drink. Dan tak lupa juga ESP plain suam.
Ayam goreng hari ni bukan ayam goreng dengan kunyit biasa. Saya nak kongsikan Cara Masak Ayam Goreng Rangup Tanpa Tepung Serbaguna Paling Mudah. Jom!
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong biasa dan bersihkan)
Sedikit garam
Kunyit serbuk
1 sudu teh serbuk lada hitam (boleh kurangkan)
1 sudu besar baking powder
1 biji telur
3 cawan tepung gandum (lebihkan pun boleh)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
1. Satukan ayam, garam, kunyit serbuk, lada hitam dalam besen. Gaul sebati.
2. Pecahkan sebiji telur ke dalam besen tadi dan gaul lagi sehingga semua permukaan ayam di saluti telur.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder untuk salut daging ayam. Pastikan salutan tersebut seperti gambar di bawah untuk mendapat struktur rangup nanti. Kalau tepung kurang boleh ditambah.
![]() |
Pastikan Anda Dapat Struktur Begini Ya |
Cara Memasak:
1. Sementara itu panaskan kuali (dalam) atau periuk untuk menggoreng ayam. Letakkan minyak secukupnya.
2. Pastikan minyak panas sebetulnya agar ayam masak rata. Masukkan ayam.
3. Boleh tutupkan kuali/periuk untuk memastikan suhu dan proses memasak daging ayam sekata. Api jangan terlalu kuat kerana ia mungkin mengakibatkan ayam tidak masak di sebelah dalam TAPI hanya salutannya sahaja yang terlebih masak.
3. Boleh tutupkan kuali/periuk untuk memastikan suhu dan proses memasak daging ayam sekata. Api jangan terlalu kuat kerana ia mungkin mengakibatkan ayam tidak masak di sebelah dalam TAPI hanya salutannya sahaja yang terlebih masak.
4. Angkat dan toskan setelah warna bertukar keemasan. Boleh rujuk seperti gambar di bawah.
NOTA: Anda boleh tambah rempah serbuk (jintan manis, jintan putih dan ketumbar) atau serbuk cili jika mahu pedas.
![]() |
Nyum.. Nyum |
Macam mana?
Mudah bukan?
Anak-anak dan suami saya sangat sukakannya. Kulit ayam semua saya buang siap-siap supaya apa yang mereka makan nanti hanya isi ayam sahaja.
Tapi bahagian dada dan organ dalaman saya tak goreng. Sebab kalau goreng pun tak laku. Tak ada siapa antara kami minat. Jadi saya simpan untuk menu lain.
Tapi saya bagi peringatan awal-awal tau. Ayam ni tak sesuai bagi anda yang jaga diet. BIG NO!
Bagi yang teringin makan tapi risaukan tahap kolesterol, boleh cuba Phytocol Shaklee yang sangat membantu dalam menghalang penyerapan kolesterol jahat ke dalam salur darah. Jadi kurang la sikit rasa bersalah tu. Boleh makan sekali sekala. *sigh
Selamat mencuba resepi mudah dari saya ni ye.
Salam Sayang.
Your Trusted SID
SMS/Whatsapp 012-4637064
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help!
6 Responses
Terliur daku..
Sikit je bahan dia upenya ye. Leh try nih! Maseh!
Ya, hanya menggunakan bahan-bahan asas di dapur.
Selamat menikmati!
kurang sedikit tentang bhan
kurang sedikit tentang bhan
Saya dh buat , alhamdulihlah jadi thanks !