Cara Suri Rumah Mengatasi Anak Picky Eater Ala Masterchef
Jadi para ibu sekalian, jom saya kongsikan tips dari pengalaman saya sendiri tentang Cara Suri Rumah Mengatasi Anak Picky Eater Ala Masterchef. Semua ini saya lakukan demi anak-anak syurga yang saya sayangi iaitu Aryan Haziq dan Aqif Hadif.
![]() |
Anak-anak Yang Suka Menikmati Sup |
PERSEDIAAN AWAL
Adakah anda ada checklist macam di bawah? Macam saya dulu, beberapa minggu sebelum menyambut hari lahir anak yang ke 6 bulan:
- mangkuk-sudu-bib dan alatan pemproses makanan bayi sudah dibeli
- resepi untuk makanan tersebut sudah di survey
- buku penyediaan makanan yang sesuai untuk si manja dah dibeli dan dikhatam dah pun
INVENTION TEST ALA MASTERCHEF
BERMULA
umur 6 bulan sehingga setahun, semuanya mudah. Sap Sap Sui!!! Tempoh 6 bulan
yang amat menyeronokkan bagi saya dan anak-anak. Mana taknya, mereka amat
menyukai bubur nasi yang saya masak setiap hari dan tiada masalah langsung
menikmati sumber protein dan sayur-sayuran yang saya masukkan ke
dalamnya.
Bila blend atau lenyekkan saja, mereka makan dengan penuh berselera. Macam
Gary juri Masterchef Australia apabila diberikan makanan yang sedap dan
berlemak. He He
APABILA ANAK-ANAK DAH BERTUKAR
SEPERTI CHEF GORDON RAMSAY
pertama bermula di usia mereka setahun. Macam pakatan pula adik beradik ni.
Anak-anak ini mula jadi picky eater secerewet Gordon Ramsay sehingga mula jadi
kurus dan mudah jatuh sakit.
Jika dahulu mereka amat gemarkan bubur ayam di campur brokoli, ikan di campur
lobak merah, daging di campur sawi diselang seli setiap tiga hari – tetapi
apabila berumur setahun semua itu mereka tolak tepi.
Kalau dengan Aqif, dia akan jawab “Amau” (tak mahu) sambil peluk
tubuh dan mulut yang muncung sedepa. Bukan main lagi mereka kan!
Wah!
Wah! Wah! Memang masa tu rasa sangat tercabar la kan disebabkan sebelum
ni anak-anak boleh makan sampai tak cukup, tapi kali ni mereka makan sesuap pun
dah cukup. Kecik hati sungguh rasa. Siap cakap-cakap lagi dengan mereka
“Ibu masak tak sedap dah ke? Sensitif betul Ibu masa ni tau. Hu Hu..
![]() |
Mengurus Anak Yang Cerewet Memang Menuntut Kesabaran |
ANAK-ANAK JEMU?
benda yang sama bubur-nasi lenyek-bubur-nasi lenyek. Budak-budak pun pandai demand hokey!
HaHa. Itu la, kan selalu berdoa nak anak cerdik kan? So kena berlapang dada
terima la ye.
Itu
baru satu pening bab menu makanan. Memang jenuh jugak la studi buka buku dan
tanya kawan-kawan yang mempunyai anak-anak seusia yang seusia untuk pastikan
‘kenormalan’ perangai anak sendiri masa tu.
TABLE MANNERS FOR KIDS
kedua dengan makanan adalah melatih mereka makan di meja dengan cara duduk
baik-baik atas ‘baby chair’. Bagi saya dan suami, cara makan begini penting sebab kami mahu
melatih anak-anak konsep makan berjemaah dalam keluarga.
Alhamdulillah anak-anak mudah faham. Sebelum makan mereka akan menjemput semua
orang dalam rumah untuk makan. Mereka akan makan bila semua orang sudah ada di
meja makan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya bukan?
Tambahan pula kami selalu travel dan menghadiri program jadi amat penting untuk
biasakan anak-anak dengan cara makan begini. Biar mereka faham “Oh begini
rupanya orang dewasa menikmati makanan.” Makanan bersepah-sepah tu kira
bab lain.
JE BUDAK-BUDAK NI NAK MAKAN APA PUN. MEREKA KAN BUDAK LAGI”
Pernah
tak para ibu dengar dialog seperti diatas ni? Kami suami isteri dah nekad, it’s
a “No,No,No!!!!” (sila sebut macam Talking Tom cakap ye).
Jadi cabaran ketiga adalah memperkenalkan zat makanan seperti yang dicadangkan
oleh piramid makanan kepada anak-anak.
penyelidik UKM tahun 2007/2008 terhadap kanak-kanak sekolah rendah menunjukkan
hanya 28.5 peratus makan secara seimbang.
Rendahnya! Padan lah ramai kanak-kanak sekarang mudah jatuh sakit. Kesedaran
dan pendedahan untuk makan secara seimbang masih kurang di kalangan kita.
Sebagai ibubapa kita kah penyebabnya anak-anak jadi tak cukup zat?
mana yang tega membiarkan anak selalu jatuh sakit kan. Kita seboleh-bolehnya
cuba memberikan mereka yang terbaik dan menyediakan bekalan yang secukupnya
kepada anak-anak.
Tetapi apabila di fikirkan, ada logiknya fakta ini. Anak-anak saya sendiri amat
susah untuk di ajak makan dan automatik menjadi ‘picky-eater’ pada usia setahun. Malah mereka
pula yang mengarahkan kepada kita apa-yang-mereka-mahu-makan berbanding kita
yang mengaturkan kepada mereka apa-yang-mereka-perlu-makan.
Siapa yang dah mumayiz sekarang ni? Kita atau anak kita yang lebih tahu apa
yang baik atau buruk? Jadi siapa yang layak membuat keputusan? Fikir-fikirkan.
Kenalan saya pula bercerita anak beliau hanya mahu makan nasi berlaukan telur
setiap hari dan setiap waktu makan! Memang sah la kan anak sering tak
sihat. Tambahan pula bila dah masuk sekolah atau ke taska jangkitan penyakit
itu menjadi lebih mudah.
Sama jugak dengan pengalaman yang terjadi pada ibu-ibu dalam video ini
menghadapi anak-anak yang makan nasi pun berlauk keropok sahaja! Nak tahu macam
mana mereka mengatasinya?
Play video dan tengok sampai habis tau. Jangan mengelat kalau anda mahu tahu.
Kalau ibu-ibu suka perkongsian mereka jangan lupa klik LIKE ok? Sebagai tanda
terima kasih kita kepada mereka yang sudi berkongsi pengalaman.
Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.
Kalau fikir betul-betul memang ikut celah mana nak cukup nutrien kan? Makan
nasi dengan keropok je? Setiap hari dan setiap masa? Nak makan ikan atau ayam
pun susah, sudah semestinya sangat mencabar bila menyuruh anak-anak makan
sayur-sayuran dan buah-buahan juga. Sampai kurus kering jadinya.
Memang la mudah mereka jatuh sakit sebab zat kurang dan imuniti badan dah tak
kuat. Analoginya askar-askar dalam badan sangat lemah sebab tak cukup makanan
berkhasiat dan perisai nak melawan kuman-kuman yang menyerang.
INVENTION
TEST ALA MASTERCHEF
Hasil eksperimen tersebut baru saya mengetahui yang anak-anak saya begitu
gemarkan brokoli, lobak merah, kentang, timun jepun – malah sebahagian darinya
mereka suka makan begitu sahaja, mentah tanpa perlu masak dahulu.
Dari
pengalaman saya, hasil ‘troubleshoot’ dari anak sulung yang sekarang sudah berusia 4 tahun dan si adik 2
tahun untuk memenuhi keperluan nutrisi yang mengikut cadangan piramid makanan,
pelbagai jenis sayur-sayuran saya perlu buat eksperimen dahulu.
Jadi sebagai ibubapa jangan mudah menyerah kalah dan cepat putus asa ok? Jangan
berhenti mencuba. Kita Ibubapa sudah semestinya lagi bijak dari anak-anak kita.
Syaratnya jiwa mesti kental dan nekad. We can do it!
bahagian protein seperti ayam, daging, ikan, udang, sotong memang anak-anak
saya tak terlalu memilih. Janji ada. Tetapi selalunya saya lebih suka bertanya
kepada mereka esok mereka mahu makan ayam atau ikan? Sotong atau daging?
Saya dapati dengan cara melibatkan mereka saya nampak mereka lebih teruja mahu
makan keesokkan harinya. Siap bertanya “Ibu, bila nak masak ni? Aryan
lapar la”. Lebih rasa bermotivasi nak masak bila anak-anak bertanya tau.
Serius!
Begitu juga dengan buah-buahan. Masam, manis, berbiji atau tidak kebanyakkannya
mereka layan. Cuma dari sumber karbohidrat, si abang lebih gemarkan mee, bihun
dan kueyteow berbanding nasi.
Dari invention test ini menunjukkan minat dan cara makan setiap anak itu tidak
sama. Jangan kita pukul rata kesemua anak-anak kita sama. Sebagai contoh kita
abaikan anak yang kurang gemar makan ayam dan terus-menerus menumpukan
perhatian pada yang suka. Kita kena pandai menvariasikan makanan. Kena rajin!
Secara logiknya, sudah semestinya mereka tidak akan makan jika merek tidak
berminat untuk makan. Jadi kita perlu jadi extra rajin untuk bongkar minat anak
ini untuk kebaikan dan pertumbuhan yang optimum.
Jika mereka tak makan, dari mana mereka memperoleh tenaga? Tanpa tenaga mereka
tidak akan aktif, lemah dan malas berfikir. Mahu ke kita tengok anak kita
begitu dan membantutkan potensi mereka? Mestilah tak mahu kan.
- adalah
unit yang di gunakan untuk mengukur tenaga - peningkatan
keperluan tenaga seiring dengan pertambahan usia kanak-kanak
juga ye jadi ibubapa ni. Boleh buntu dibuatnya setiap kali tiba waktu makan
bagi memastikan anak-anak mendapat keperluan kalori mengikut sukatan yang betul
menepati keperluan umur mereka.
Itu belum terpaksa pejam mata terpaksa masak makanan sejuk beku semasa hari
bekerja disebabkan hambatan waktu. Bersalah sungguh rasanya bagi anak-anak
makan makanan yang kurang khasiat. Masa tu tak tahu nak rasa apa tapi
pujuk-pujuk diri ” Tidak mengapalah, sekali sekala je”.
Tapi masih rasa tak boleh nak menipu diri dan rasa lega lepas pujuk-pujuk tu.
Akhirnya saya jumpa tips rahsia yang saya yakin bukan semua orang tahu ni.
Memang bersyukur sangat-sangat ia banyak membantu saya menjadi lebih kreatif
berhadapan dengan kerenah selera anak-anak.
Anda berminat nak tahu apakah tips rahsia tersebut? Baca episod seterusnya
di mana saya mendedahkan 13 Tips Mengatasi Anak Picky Eater Yang Cerewet Seperti Gordon Ramsay
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya. Semestinya dengan konsultasi PERCUMA. Ketahui juga cara mahu mendapatkan pos dan keahlian PERCUMA.
saya
Trusted SID
Afzan Asri