Detoks Tubuh Secara Alami Menggunakan Infused Water Agar Tubuh Lebih Bertenaga

Created with Sketch.

Detoks Tubuh Secara Alami Menggunakan Infused Water Agar Tubuh Lebih Bertenaga

Pernah anda dengar tentang ‘infused water’? Ia adalah trend terkini yang di gunakan untuk detoksifikasi. Mesti ada yang tertanya-tanya kan kenapa perlu detoks?
Detoks Tubuh Secara Alami Menggunakan Infused Water Agar Tubuh Lebih Bertenaga dapat membantu tubuh dalam menyingkirkan racun dalam badan dan menghambat radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran. Selain itu, ‘infused water’ membantu mencukupkan pengambilan air dalam badan dan rasanya sungguh menyegarkan.
Kredit: Google
Berikut 4 jenis bahan semulajadi yang selalu digunakan di dalam ‘infused water’ dengan kelebihan tersendiri:

1. Lemon

Air dengan campuran hirisan lemon merupakan miniman detoks terbaik. Lemon membantu membersihkan dan menambahkan alkali dalam tubuh sehingga badan berasa lebih segar.
Untuk membuatnya, anda hanya perlu menghiris beberapa lemon segar, memerahnya sarinya dan menambahkan beberapa air putih ke dalamnya.

2. Pudina

Menambahkan daun pudina ke dalam infused water akan membuat air anda menjadi lebih manis sedikit, sekalipun tidak di tambah gula.
Campuran air dan pudina yang dingin akan membantu ‘menenangkan’ perut dan melancarkan pencernaan.

3. Mentimun

Mentimun tak cuma bermanfaat untuk kulit dan mata. Ia termasuk dalam 4 Jenis Makeup Remover Yang Bagus Berasaskan Tumbuhan Semulajadi Selamat Untuk Kulit Wajah.
‘Infused water’ berasaskan mentimun juga dapat mengatasi dehidrasi dan berfungsi sebagai keradangan pada tubuh.

4. Halia

‘Infused water’ dengan halia bermanfaat untuk membersihkan seluruh sistem tubuh, melancarkan pencernaan dan juga menenangkan perut.

‘Infused water’ Versi Saya

Biasanya apa yang saya lakukan ialah dengan hiris 2 potongan lemon, 3 potongan mentimun dan 5 helai daun pudina dan masukkan kedalam botol yang mengandungi 2 liter air. Saya biarkan selama 2 jam dan minum sepanjang hari. 
Memang sangat membantu bagi anda yang susah mahu minum air kosong kerana anda perlu ambil berat 6 Kepentingan Minum Air Kosong Bagi Pastikan Organ Badan Tak Rosak. Jadi jangan malas-malas minum ya. Badan anda sangat memerlukan bendalir yang cukup agar dapat berfungsi dengan baik. 
Your Trusted SID

 

 
ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!
Artikel Menarik Untuk Dibaca:
 

 

2 Responses

  1. kena start minum air kosong banyak2 la cmni

  2. Sani says:

    Simple dan senang untuk disediakan…Sesiapa pun boleh cuba buat dirumah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..
Powered by
Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
%d bloggers like this: