Pengalaman Berhadapan Dengan Jaundis Berpanjangan Prolonged Jaundice Ketika Berpantang
Alhamdulillah, di permudahkan urusan melahirkan Ainur dengan kehadiran suami di sisi menyokong perjuangan saya melahirkan srikandi hebat ini. Ainur keluar secara SVD dengan berat 2.38 kg.
Hari Ke-5 Yang Mendebarkan Lagi Huru Hara
Tiga hari cuti umum mengakibatkan nurse klinik kesihatan datang melawat kelahiran kali ini agak lewat. Hari ke-5 tak salah saya baru ada lawatan.
Di pendekkan cerita, sebab nampak kulit bayi saya agak kuning semasa pemeriksaan mereka terus menggesa saya ke klinik kesihatan untuk ‘check‘ paras bilirubin dalam darah.
Setelah doktor melihat keputusan darah, terus beliau beri kami surat masuk wad kerana bacaan ketika itu dah 17 (ada cara convertionnya).
Sampai sahaja di wad doktor pun ambil serba sedikit maklumat, bayi saya terus di bawa pergi dari saya untuk rawatan fototerapi tu.
Perasaan saya sebak sangat ketika itu kerana saya tidak pernah berjauhan dari anak-anak walaupun sekejap. Dan yang paling sedih saya tak boleh susukan bayi saya secara ‘direct’ kerana dia perlu di letakkan di bawah lampu sepanjang masa
kerana bacaan bilirubinnya meningkat naik ke 19.
Memang pecah juga kolam air mata saya dan menahan sendu di wad. Sedih sangat rasanya masa tu. Tapi saya cuba positifkan diri. Suami terus memujuk supaya mood saya kembali ok. Biasalah, wanita dalam pantang memang mudah mood swing kan.
Sebelah malamnya, kira-kira pukul 11 baru bayi saya kembali ke pangkuan saya setelah bacaan turun ke 14. Syukur alhamdulillah. Tetapi dia masih perlu meneruskan fototerapi untuk single beam pula sehingga bacaan turun ke 11.
Dua malam di hospital, kami di benarkan pulang setelah bacaan konsisten. Kata doktor, selagi tidak melepasi 15 tak perlu masuk wad semula.
Tetapi kami masih perlu ke klinik kesihatan setiap 2 hari sekali untuk ujian darah. Memang penat. Tapi mujurlah pengambilan vitamin amat membantu saya kekal bertenaga untuk berulang alik hampir setiap hari untuk tujuan ini.
Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang…
Ujian datang lagi apabila selepas 3 minggu bacaan bilirubin tu masih kekal dalam julat 12-14. Naik turun sekitar bacaan tu sahaja. Susah hati betul di buatnya. Takkan nak kena masuk wad lagi? Tak sanggup dah!
Mujur dengan mengamalkan B complex amat membantu buat saya sedikit bertenang dan berfikir secara rasional. Sudahnya doktor putuskan untuk buat ujian darah secara lengakap. Tiga tiub darah di ambil pada tumit kaki bayi untuk ujian tiroid, hati dan satu lagi saya lupa.
Balik rumah, kami perlu dapatkan sampel urin Ainur pula. Ok, ini pengalaman yang sangat mencabar tau jika anak anda perempuan. Kalau anak lelaki senang boleh sangkut ‘urine bag’ tu kat ‘anu’ dia. Anak perempuan nak sangkut kat mana?
dan letak botol sampel tu dekat kemaluan dia beralaskan pampers. Menunggu lah kami di situ tunggu Ainur kencing.
Alhamdulillah keempat-empat keputusan ujian darah dan urin menunjukkan bacaan normal dan bebas sebarang jangkitan. Leganya rasa masa tu Allah sahaja yang tahu.
Penyebab-penyebab Jaundis Yang Boleh Membawa Kepada Jaundis Berpanjangan (Prolonged jaundice)
Selepas kes Ainur ni, baru saya banyak buat pembacaan tentang jaundis. Sebabnya kami agak pelik jugak kenapa dulu kedua-dua orang abangnya tiada masalah jaundis tetapi bila giliran dia punyalah lama.
1. Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forsep atau vakum – VOID sebab Ainur lahir SVD (Spontaneous Vaginal Delivery)
2. Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis) – Void sebab ujian darah selepas minggu ke 3 clear.
3. Jangkitan virus seperti rubela atau taxoplasma – Void juga
4. Tidak serasi dengan darah Ibu (coombs positif) – Void juga sebab kumpulan darah kami sama
5. Masalah dengan enzim darah merah (G6PD) – Keputusan ujian G6PD adalah normal
6. Hormon tiroid yang rendah (hypothyrodism) – Void sebab ujian darah menunjukkan normal
7. Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, dubin johnson) – Void sebab ujian darah menunjukkan normal
8. Jaundice di sebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah di kenalpasti negatif – Ya, ini sama dengan apa yang doktor simpulkan untuk kes Ainur.
Adakah Saya Berhenti Memberikan Susu Ibu Pada Ainur?
Jawapannya TIDAK!
Saya tetap memberikan susu ibu pada Ainur atas nasihat Pakar Kanak-kanak. Menurut mereka bayi yang menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya (Note: tanpa tambahan susu formula dan air kosong) boleh meneruskan rutin memberi susu ibu sekerap mungkin pada bayi.
Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahayakan pada bayi selagi anda tidak mengambil ubat-ubatan tradisional seperti jamu dan sebagainya.
Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.
ID 868991
Pos: Seluruh Malaysia
One Response
visit http://www.hometherapyy.com
facebook.com/phototherapyy
&
instaram.com/hometherapyy
Rent Charges:
RM400 for 3D2N (60hors)
Additional Charges:
RM50 for Jaundice Meter Rents
RM70/day for extended days