5 Jenis Rahim Wanita Yang Ramai Tak Tahu Walaupun Dah Anak Ramai
Definisi Rahim/Merian
Bagaimana Mahu Kenal Pasti Jenis Rahim?
Jenis-jenis Rahim Wanita
Jenis 1: Rahim Batu
- Berbentuk bulat serta cembul (yang ni saya tak berapa faham) apabila di sentuh dan menonjol ke atas.
- Mudah dikecutkan dalam masa 2 minggu berpantang dan kembali ke bentuk yang sempurna.
- Kesilapan rawatan (tersilap bertungku atau berurut) mengakibatkan rahim ini tertolak naik sehingga ke ulu hati. Ia boleh mengakibatkan para ibu merasa sengkak serta sesak nafas. Jika di biarkan berterusan, mungkin boleh membawa maut.
- Jika terlebih tolak ke bawah boleh mengakibatkan penghentian pengaliran darah nifas dan sukar untuk membuang air kecil atau mengeluarkan angin.
Jenis 2: Rahim Jantung
- Berbentuk seperti jantung pisang dan memerlukan lebih ketelitian ketika merawatnya.
- Kesilapan merawat (bertungku dan mengurut) rahim jenis ini boleh mengakibatkan rahim terkeluar dari pintu faraj. Contohnya Keluluran rahim (prolaps) ataupun merian terpatah atau terkehel.
Jenis 3: Rahim Perca
- Jenis ini mengembang tanpa sebarang bentuk dan memerlukan kemahiran untuk merawatnya.
- Biasanya rahim jenis ini tidak boleh di asak dari ari-ari.
- Bidan yang mahir akan ‘mengumpul’ perlahan-lahan seperti mengumpul minyak dan menguaknya ke tengah-tengah perut.
- Minyak berubat biasanya di gunakan semasa proses mengurut bagi memecahkan angin di dalam rahim yang selama ini berkumpul dan berkembang bersama-sama.
- Kebanyakan ibu-ibu yang mempunyai rahim jenis ini jika tidak di rawat dengan sempurna akan menghadapi masalah seperti perut memboyot walaupun selepas tamat tempoh pantang atau mungkin seumur hidup.
Jenis 4: Rahim Buyong
- Bentuknya antara rahim jantung dan rahim batu.
- Rahim jenis ini mudah menakung air, menyebabkan rahim serta mulut rahim mengembang.
- Ibu mudah mengalami masalah lelehan faraj.
- Sekiranya tidak di rawat dengan sempurna, ibu akan mengeluarkan lebihan semasa berjimak, umpama keluar air kencing dan apabila hamil lagi mendapat masalah lelehan faraj.
Jenis 5: Rahim Besi
- Berbentuk seperti rahim batu.
- Memiliki rahim jenis ini mendatangkan kesakitan rengat atau senak semasa dalam pantang bersalin.
- Rahim jenis ini juga mudah mendapat bentan urat dan sekiranya tidak di jaga rapi, boleh menjadi tumpah darah.
Biasanya mereka yang memiliki rahim batu ni adalah masyarakat peribumi: seperti orang asli, wanita-wanita di Sabah dan Sarawak. Kata beliau sebab tu kita tengok mereka ni lepas 2 minggu je jadi sangat aktif buat kerja seperti berkebun dan memanjat bukit.
Mereka yang memiliki rahim jantung mudah lekat dan mudah gugur kalau tidak di jaga dengan betul.
Kebanyakan wanita memiliki rahim buyong. Rahim jenis ini jenisnya tak tetap mudah bergerak ke kiri dan ke kanan. Bila fikir balik mungkin sebab ni lah masa mengandung Aryan (tahun 2010) dulu perut lebih memberat ke kiri. Bila doktor nak scan pun mereka perasan perut senget sebelah.
Memiliki rahim perca menandakan anda mudah ‘lekat’. jadi amalkan langkah keselamatan ya jika mahu menjarakkan anak.
Rahim batu adalah bagi yang susah nak lekat setelah pelbagai usaha moden di buat dan di sahkan tiada masalah kesuburan. Kongsi bidan saya tu, kalau memiliki rahim jenis ini perlukan kesabaran yang tinggi untuk terus berikhtiar dengan mengurut pula.
1. Kak Ina (Kuala Lumpur)
Confinement Malay (Kak Ina)
*Inilah bidan yang memperkenalkan pada saya tentang ilmu rahim di atas
Boleh datang rumah
No phone: 0196665216
Email: inaurut68@gmail.com / bariahhamid@yahoo.com
www.inaurut.blogspot.com
2. Ayue Ismail (Putrajaya, Lembah Klang dan Selangor)
Urut Warisan Putrajaya
FB: Urut Warisan Putrajaya
3. Kak Roha (Taiping, Perak)
*Bidan yang menguruskan saya berpantang semasa kelahiran anak ke tiga. Sehingga kini dah 8 bulan saya masih mengurut dengan beliau.
Belajar ilmu saraf di Jepun
Membuka Pusat Penjagaan Berpantang Di Rumah
No phone: 017-5702443
Semoga bermanfaat!
ID 868991
Pos: Seluruh Malaysia
Artikel Menarik Untuk Di Baca:
1. 11 Tanda Hamil Yang Wanita Patut Tahu Dan Bersedia Awal
2. 11 Kategori Makanan Dan Minuman Penyebab Angin Dalam Badan Yang Ramai Orang Tak Sedar
3 Responses
Seriau je baca tang kalo salah urut tu. Adoii.. Sy 3x beranak semuanya kena rengat. Tp masa gugur (20w) xde plak rengatnya.
Tq riza. Info yg sgt berguna
Mungkin masa gugur tu rahim tak membesar banyak sangat lagi
Assalamualaikum…saya Ada menyediakan perkhidmatan urutan untuk IBU2 bersalin/ berpantang area sentul Dan sekitar Kuala lumpur. Sebarang pertanyaan boleh call 013-2096836.