Penuaan vs Anti Penuaan?
Pernahkah anda menerima kmen seperti ini?
anti-penuaan? Sedangkan penuaan itu satu proses dalam hidup kita. Dalam
al-Quran pun ada menyebut tentang penuaan. Adakah kita nak lawan
fitrah?”
Adakah anda pun terfikir yang sama?Jangan risau,saya pun pernah fikir macam tu 🙂
Sebenarnya, penuaan dan menjadi tua (berusia) adalah 2 benda berbeza. Menjadi tua
dan berusia adalah satu proses dalam kehidupan yang mana tiada siapa
dapat lari darinya, kecuali yang meninggal di usia muda.
Walaupun kesan penuaan ada kaitan dengan usia juga, yakni pada umur
tertentu, tubuh manusia mula hilang keupayaan untuk membahagikan sel dan
rangsangan neuroendcrine dari otak dan kelenjar endocrine terhenti.
Oleh sebab itu orang berusia berbeza dari segi fizikal dan keupayaan
berbanding orang muda.
Manakala penuaan disebabkan oleh perkara2 berikut:-
– Kerosakan sel akibat radikal bebas
– Katabolisma protein yang tidak efisen
– Sebab2 lain
Penuaan sel ini menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan, terutama yang biasanya dihidapi oleh orang-orang berusia.
Antara penyakit2 akibat kesan penuaan (ini secara general sahaja. ia boleh jga berlaku pada sebarang usia) :-
- Kanser
- Penyakit kardiovaskular
- Osteoporosis
- Diabetes
- Katarak
- Darah tinggi
Secara asasnya, kesan penuaan bermula dengan proses penghasilan radikal bebas melalui proses metabolisme.Namun
mekanisma antioksidan tubuh kita menjadikan radikal bebas yang terhasil
ini tidak memberi kesan kepada kesihatan. Namun dunia moden yang penuh
dengan pencemaran serta penggunaan bahan-bahan yang diperbuat dari bahan
kimia (walaupun perabot rumah!) menjadikan radikal bebas semakin banyak
terhasil dalam tubuh kita. Perkara ini menjadi sebab utama kenapa
penuaan sel berlaku.
Oleh yang demikian, kita perlu menjaga kesihatan bukan saja dari segi
pemakanan yang berkhasiat dan seimbang malah juga barang-barang
kegunaan harian termasuk pakaian dan perabot rumah, bagi mengurangkan
risiko ‘kemasukan bendasing’ ke dalam tubuh kita.