Resepi Bubur Jagung Manis Sedap Dari Cameron Highland
Assalamualaikum
Jika anda pernah ke Cameron Highland mesti pernah cuba jagung yang di jual di sana. Tak kisah lah jagung kukus atau bakar, rasanya memang sedap. Manis sangat sebab pun di panggil jangung manis.
Kami setiap kali ke sana mesti borong dua tiga longgok jagung. Satu longgok ada 10 tongkol. Kalau bernasib baik dapat 12 tongkol. Tapi kalau anda nak beli pastikan koyak sedikit daunnya dan tengok butir jagung dulu. Kadang-kadang tongkolnya je besar tapi isi boleh kira berapa butir.
Berbekalkan jagung manis tu, saya decide masak bubur jagung makan dengan roti. Ni dia Resepi Bubur Jagung Manis Sedap Dari Cameron Highland istimewa buat anda.
Bahan-bahan
5 tongkol jagung – di buang kulit, bulu jagung dan bersihkan. Kemudian hiris butir jagung dengan menggunakan pisau
500 ml santan kelapa – boleh ganti dengan susu cair jika suka
3 sudu besar gula – saya ganti dengan gula perang
secubit garan
1 helai daun pandan – Tak ada pun takpe. Cuci bersih dan simpulkan
Nota: Kalau nampak kuah santan macma pekat sangat, boleh tambahkan sedikit air.
Cara Memasak
1. Satukan semua bahan di dalam periuk.
2. Masak di atas api sederhana & kacau sehingga mendidih sedikit.
3. Sedia untuk dinikmati.
Mudah je kan resepi bubur jagung ni? Bagi yang pertama kali mahu cuba, silakan. Memang menjadi InsyaAllah.
Selamat mencuba.
Your Trusted SID
ID 868991
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help!
7 Responses
Sedap ni. Haji rebus jagung boleh laa. Nak buat bubur belum tentu jadi.
Nice recipe. Must try.
Salam kenal. Haji masih baru dalam dunia berblogging. Mohon tunjuk ajar ye Tuan. Tq
boleh upgarde sket lagi haji. mudah je nak cuba bubur jagung pulak
Ni menu kesukaan suami saya ni.. 🙂
jarang dengar orang lelaki suka manisan
sedapnya nampak, nasib baik nak dekat masa sahur dah hehehe
kalau dapat jagung manis memang sedap
my son and i are jagung lover.. this is worth trying..i bet its surely delicious…