Resepi Gulai Ikan Masin Tumis Darat Mudah Tapi Sedap

Created with Sketch.

Resepi Gulai Ikan Masin Tumis Darat Mudah Tapi Sedap

Assalamualaikum
Hari ni rasa macam nak kongsi Resepi Gulai Ikan Masin Mudah Tapi Sedap. Ikan masin menjadi pilihan bila tiada stok bahan mentah di dapur atau pun dah boring sangat tak tau nak makan apa. Beralih angin sikit. Memang lain kan.
Resepi Gulai Ikan Masin Tumis Darat Mudah Tapi Sedap

Resepi ni mudah sangat. Bahan simple. InsyaAllah dalam setengah jam boleh siap.

Bahan-bahan:

Bahan A

Ikan masin (saya selalu campur ikan duri + ikan talang – part tulang dan isi)
Sepeket rempah kari ikan Babas
3 cawan air untuk melarutkan rempah kari (anggaran untuk kuah juga)

Bahan B

Sekotak kecil santan  atau 250g santan segar

Bahan C

3 biji bawang merah – dimayang nipis
5 ulas bawang putih – dimayang halus
1 inci halia – di hiris nipis
2 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan D

1 biji terung panjang – di belah kemudia potong setengah inci panjang
atau 
1 biji terung bulat – di belah 6

Cara Memasak:

1. Larutkan sepeket rempah kari dalam 500ml air kosong di dalam periuk. Masukkan ikan masin. Hidupkan api dapur dan biarkan mendidih.

2. Apabila sudah mendidih, masukkan terung (bahan D) dan santan. Kacau sebati dan kawal kekuatan api agar jangan terlampau kuat. 

3. Rasa gulai anda. Tambah garam jika perlu. Selalunya ikan masin dah mengeluarkan garam. Jadi selalunya saya jarang tambah garam. Jika ok, tutup api.

4. Panaskan kuali kosong dengan sedikit minyak. Tumis kesemua bahan C sehingga layu dan naik minyak. Tutup api. Tuangkan semua hasil tumisan tadi ke dalam periuk yang berisi ikan masin tadi.

5. Gaulkan bahan tumis dan gulai. Hidangkan.

6. Siap untuk di nikmati.

Orang Utara panggil gulai yang di tumis berasingan begini sebagai “tumis darat”. Moga ia menjawab teka-teki dan persoalan anda.
Agak-agak buntu tak tahu nak masak apa, boleh la cuba resepi ini ya. Kadand-kadang masa berbuka sedap juga nikmati lauk kampung begini.
Tapi jangan selalu tau. Tinggi kolesterol ni. Tak baik untuk kesihatan.
Selamat mencuba.
Your Trusted SID

ID 868991

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help!
Artikel Menarik Untuk Di Baca:

 

3 Responses

  1. yeay. sama.saya kadang ikut mood. jap tumis darat. kdang terus tumis n then masukkan bahan bahan lain

    peberet saya la ikan talang.. bru je buat.dpt stok dr kg. hihi

  2. Ikan duri isinya tak tebal sangat. Tp rembat je ikan masin ape yg ada di rumah

  3. Sy dh bt tq 4 resepi.. sy just tmbh asam jawa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..
Powered by
Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
%d bloggers like this: