Resepi Kari Daging Warisan Bonda Kegemaran Abang Sayang

Created with Sketch.

Resepi Kari Daging Warisan Bonda Kegemaran Abang Sayang

Assalamualaikum
Hari ni rasa macam nak kongsi Resepi Kari Daging Warisan Bonda Kegemaran Abang Sayang. Wah! Kelas betul namanya kan? Tapi memang betul En Suami tercinta memang menggemari kari daging. Jadi kira dedication entry untuk dia.
Saya dulu memang tak pandai masak kari-kari ni. Tapi sejak berkahwin, banyak belajar dari arwah mak mertua (Al-Fatihah untuk beliau). So sekarang boleh kata pandai la masak kari. Lepas la buat makan kami anak beranak.
resepi kari daging lembu
Jom tengok resepinya. Tips menambah kesedapan pun ada saya kongsi tau.

Bahan-bahan

 

Bahan A

Setengah kilo daging – dipotong nipis lawan urat supaya cepat empuk, basuh dan toskan

Bahan B

2 peket kecil rempah kari daging Babas
1 tangkai daun kari
Air bagi melarutkan rempah

Bahan C

3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Setengah inci halia

Nota: Kesemua bahan ini di tumbuk

1 tangkai daun kari
Minyak masak untuk menumis

Bahan D

Rempah sekawan
1 batang kulit kayu manis
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 butir bunga lawang
10 biji lada hitam

Bahan E

1 kotak kecil santan atau 250 ml santan segar

Bahan F

500 ml air asam jawa (cair)

Bahan G

1 biji kentang dibelah 4 kemudian di potong dua

Cara Memasak:

1. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak. Minyak dah panas, tumis Bahan C. Tumis sehingga layu dan naik bau.

2. Masukkan Bahan B dan masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.

3. Setelah rempah  minyak masukkan daging dan gaul sehingga sebati. Biarkan daging dan rempah masak mesra di dalam periuk. Anda akan bau rempah dan daging dah mesra bila bau daging dapat di hidu (kira-kira 10-15 minit).

4. Masukkan rempah sekawan dan gaul sehingga sebati. biarkan dalam 5 minit. Rempah sekawan ni tidak di masukkan awal kerana ia akan menimbulkan rasa pahit jika lama terdedah kepada api dan minyak.

5. Masukkan air asam jawa (Bahan F). Boleh tambah sedikit air kosong untuk kuah. Masak sehingga daging empuk. Tips: Nak cepat empuk boleh masukkan daun nangka muda atau masak dalam pressure cooker.

6. Sesuah daging empuk, masukkan ubi kentang (Bahan G). Biar mendidih dan sehingga ubi kentang juga empuk.

7. Masukkan santan (Bahan E) dan pasang api sederhana. Biarkan mendidih seketika. Masukkan garam secukup rasa.

8. Sedia untuk di nikmati.


Selamat Mencuba!
Your Trusted SID
 

 
ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

 

4 Responses

  1. Wah……kalau resepinya dari ibu mertua mesti sedap ni. Abg lagilah suka kan sebab lebih kurang sama rasanya ngan air tangan arwah mak dia

  2. Memang best makan kari yang sedap, buat cicah roti jala pula..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..
Powered by
Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
%d bloggers like this: