Resepi Masak Lemak Udang Bersama Timun Tua Menjilat Jari

Created with Sketch.

Resepi Masak Lemak Udang Bersama Timun Tua Menjilat Jari

Assalamualaikum
Sejak berpindah ke Taiping ni, saya mula gemar sikit makan udang. Selalunya udang ni saya beli di Kuala Sepetang, tempat nelayan naikkan hasil tangkapan udang laut yang fresh. Rasanya pun lebih manis dan kurang hanyir.
Hari ni saya nak kongsi Resepi Masak Lemak Udang Bersama Timun Tua Menjilat Jari. Ia merupakan salah satu resepi kegemaran suami dan anak-anak. 
Resepi udang

Bahan-bahan

Bahan A: 

Setengah kilo udang saiz sederhana (L) – di potong sedikit kepala dan ekornya

Bahan B

Setengah biji bawang besar
5 biji cili padi
Setengah inci halia
2 ulas bawang putih
Setengah inci kunyit hidup
Nota: Kesemua bahan di kisar.
Sebatang serai dititik

Bahan C

1 kotak santan
Garam
Gula 
1 asam keping
Air bertapis untuk kuah
Setengah biji timun tua – dibuang biji dan dipotong menyerong
Timun Tua
 

Cara Menyediakan:

1. Masukkan kesemua Bahan B kedalam periuk. Masukkan asam keping dan air bertapis. Buka api sederhana dan masak sehingga sehingga mendidih
2. Masukkan timun tua dan masak sehingga empuk.
3. Masukkan udang dan santan. Kacau kuah  dengan api sederhana bagi mengelakkan santan ‘naik kepala’.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
5. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba! 
 
Your Trusted SID

 
ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..
Powered by
Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com