Rumah Idaman Yang Membuat Mak Mertua Sampai Tak Nak Balik

Kenapa Rumah Idaman Kami? Sebab saya nak hidupkan suasana biar semua orang (read: suami & anak2) sentiasa rindu nak balik rumah ni.
Alhamdulillah suami dah beli rumah tahun lepas. Kami masuk rumah memang dalam keadaan basic. Apa yang ada itulah. Jadinya bila dah duduk sendiri, automatik idea2 rumah idaman tu muncul. Terutama bila tengok Channel HGTV. Ohmai!
Dapat rumah lot tepi, buka tingkap nampak pandangan Bukit Larut yang menjadi kebanggaan orang Taiping. Tenang.
3 Kriteria Rumah Idaman Kesukaan Ramai
1.Dapur
Jadinya saya dapat ilham, nanti bahagian dapur kami akan ubah suai letak wide window. Biar keindahan yang kami lihat setiap hari sekarang terus kekal begitu. Ada ‘island’ ditengah dapur & lampu tergantung sebab itu yang suami saya idamkan. Saya suka je sebab mudah kerja memasak dan baking di situ. Dan saya suka semua yang berasaskan kayu. Warna utama putih dan turqoise semestinya ☺️
Keluar pintu dapur tu ada sket backyard berbumbung, ada pagar kayu then kat situ kami akan letak meja minum teh berasaskan rotan. Bosan-bosan makan dalam rumah, boleh bersantai di luar tengok keindahan kebun bunga dan sayur-sayuran.
2.Kebun Herba & Sayur
Ni sebab tengok rancangan Jamie Oliver lah punya pasal. Punya lah sempoi dia nak masak apa, semua main petik je dari pokok belakang rumah dia. Serius jeles. Banyak boleh jimat ni kalau boleh buat mcm ni.
Agak-agak Jamie Oliver nak mai dak tolong tanam kat rumah kami ni?
3.Library Moden dan Bilik Solat
Memang nak buat jugak library sebab kami memang banyak buku. Berpindah -randah asik duduk dalam kotak, kadang2 sampai lupa buku apa yang ada.
Dalam libraru nanti akan ada satu kerusi yang empuk untuk membaca, sebuah meja workstation dan bench tepi tingkap. Pastu rak buku tu penuh keliling bilik.
Satu sudut lagi, ruangan khas untuk solat dengan selesa dan tenang.
Seronok kan fikir bab rumah impian ni? Moh le kita berusaha realisasikannya. Doakan saya ye.
Rumah Idaman Business Shaklee
Tahun 2005 semasa sambung belajar di UiTM Shah Alam saya suka memandu ke area rumah-rumah besar kat sana.
Rumah-rumah sekitar seksyen 7, seksyen 8, seksyen 9 tu semua memang mampu bagi semangat bilamana keputusan eksperimen tidak jadi seperti yang sepatutnya.
Dari situ saya tahu saya sukakan design rumah moden & kontemporari. Tapi disebabkan saya tak pernah masuk pun rumah-rumah kat situ, jadi saya tak pasti la kan hiasan dalamannya macam mana.
Tapi saya memang impikan dapur lengkap dengan pulau dan luas. Saya zahirkan impian tu seperti dalam gambar.
Dan saya juga idamkan ruang rehat di bahagian luar rumah untuk ambil angin petang atau malam.
Mungkin boleh jadi tempat untuk cucu-cucu main nanti kan bila balik kampung. Uish, jauh bebenor pikirnya 😆. Tapi tak salah kan. Impian tu kan PERCUMA.
Saya dan suami memang dah rancang akan sediakan sebuah bilik untuk setiap anak. Supaya nanti bila mereka dah berumahtangga senang pasangan untuk jaga aurat dan lebih selesa uruskan anak-anak contohnya macam menyusu bayi kan.
Anda ada rumah impian? Lebih suka yang moden atau traditional? Boleh la kongsi, kita bertukar-tukar idea.
Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee atau ingin dapatkan Youth Skincare, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!
Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang
Your Trusted SID
ID 868991
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help~