Salah faham si ibu tentang breastfeeding :)

Created with Sketch.

Salah faham si ibu tentang breastfeeding :)

Saya
sering mendapati. Ibu ibu yang mengatakan mereka tidak berjaya dengan
penyusuan susu ibu ini mempunyai salah faham. Dan kadang-kadang ada jugak disebabkan salah faham orang luar. sebagai contoh, masa wife saya melahirkan aqif dan mula nak start dengan BF ni, nurse kat ctu boleh plak cakap “eh, naper sikit sangat susu nie?.kalo mcm tu, kena bagi susu tepung jugak ni. kalo x, nanti anak dehydrate atau lapar”…n ini dia cakap mase 1st day wife saya bersalin..

Konsep BF nie seebenarnya adalah mudah. Rezeki anak-anak telah ditentukan. Mudah untuk
kita kata, dah bukan rezeki aku nak buat macam mana. Tapi betul ke kita
dah berusaha bersungguh sungguh dengan cara yang betul. Ada ibu yang
salah faham dengan konsep penyusuan. Beria-ria makan supplement atau
milk booster. Tapi jarang pam. Ada pula yang anaknya menangis mungkin
kerana tak cukup susu. Instead of tambah masa direct feeding, dia top up
dengan susu formula.

Edison berjaya cipta lampu setelah 1000 kali gagal cipta lampu. So,
adakah kita dah cuba 1000 cara sebelum kita mengalah dan kata Allah dah
tetapkan sampai takat tu rezeki untuk anak kita. Kita sebagai ibu bapa kena
decide. Kalau kita mengalah dengan alasan, tak ada masa kat tempat
kerja. Ramai ibu yang sibuk tapi dapat luangkan masa.

Melalui pembacaan saya mendapati biasanya hanya ibu
yang memang ada penyakit berkaitan hormon macam PCOS yang menghadapi
masalah penyusuan. Tetapi, bukan juga mustahil. Cuma lebih sukar. 

Banyak salah faham tentang breastfeeding yang membawa kepada kegagalan dalam
penyusuan susu ibu. Yang mana saya ingat saya kongsikan. Kalau ada tambahan insya
allah akan di update kemudian.

Salah faham dalam penyusuan susu ibu


1. Sebaik bersalin susu keluar
mencurah curah. Kalau tak keluar tu maksudnya “genetik” susu sikit – Ada
kes, susu hanya keluar selepas tiga hari melahirkan bayi. Consult
dengan doktor yang pro-bf atau LC sebelum start beri susu formula. Kalau
nak beri, elakkan guna puting. Biasanya yang dicadangkan adalah dengan
menggunakan syringe atau sudu.

2.
Kalau bersalin C-sec tak boleh nak breastfeed – silap la. sebenarnya tubuh dah mula bersedia untuk mengeluarkan susu sejak si ibu mengandung lagi. so once bersalin prolactin akan dominate untuk wujudkan penghasilan susu

3. Bersalin kembar susah nak
berjaya breastfeed – Setiap wanita dikurniakan dengan sepasang breast. Anak
kembar dua boleh menyusu serentak. Kena bersedia dan belajar kaedahnya. 

4. Kalau anak menangis sebab lapar maksudnya susu tak
cukup. Takkan nak biar anak kebulur – Anak menangis kerana bermacam
sebab. Adakalanya dia menangis cuma sebab nak duduk dekat dengan kita.
Pada minggu minggu pertama, baby suka sangat cling pada breast ibunya
sebab dekat dengan jantung yang degupannya dia dengar masa dalam perut. 
5. Accessories untuk breastfeed mahal – ikut je kemampuan. yang penting, usaha dan doa. tapi kat luar tu dah ader macam2 brand..icepack ader yg murah…botol ader yg murah..yang penting, kena pandai survey 🙂

6. Masalah puting tenggelam tak
boleh menyusukan bayi dengan jaya

7. Baby tak pandai nak latching sejak
kecik – Macam mana si ibu tak pandai nak bagi anak latch dengan betul, Macam tu lah anak kita lahir kat dunia tak berapa pandai latching.
Practice make perfect. Kita kena belajar macam mana nak bagi dia
latching.


8. Anak lagi suka susu FM dalam botol sebab susu FM lebih manis dan
sedap – Susu ibu lebih sedap. Anak suka minum susu dari botol sebab flow
botol lebih laju dan dia tak perlu berusaha gerakkan rahang untuk
menyusu.

9. Anak da biasa dengan botol taknak latch – Masih boleh diselamatkan. Cuma kena banyak bersabar untuk latih semula baby latch

10. Breast kecik tak
banyak susu – Maaf. Ramai ibu yang kurus dan kecil berjaya. Breast kecil bukan penentu

11. Orang kurus takde susu – Konsep pengeluaran adalah berdasarkan
supply dan demand. Bukan saiz badan atau jumlah lemak dalam badan

12. Breastfeed menyusahkan.
Memalukan….haaa,yang nie kena baca balik kenapa BF nie sangat2 digalakkan dalam Islam 🙂 suami pun perlu mainkan peranan. Para suami, sila klik di sini
13. Mengandung tak boleh breastfeed – Melainkan kalau pernah mengalami
kelahiran pra-matang, pendarahan dan atas nasihat doktor. Kalau nasihat
doktor pun, always get second opinion sebelum decide.

14. Kena ambil supplement
untuk tambah susu – Supplement hanya membantu. Yang penting, si ibu perlu belajar tentang pemakanan, nutrisi dll

15. Dah makan macam macam untuk tambah susu tapi tak
berjaya – Konsep penyusuan adalah supply versus demand. So, kalau nak
tambah pengeluaran kena trick otak kita. Buat power pumping dengan
kerap. Kalau makan macam-macam tapi direct feeding kurang, pam pun
culas. Kirim salam je la.

Macam kita nak jadi engineer. Kena pergi sekolah bertahun tahun. Baca
macam macam buku. Macam tu juga jadi ibu. Nak menyusukan anak. Ianya
dilihat mudah. Tapi bukan semudah yang disangka. Tapi tak susah sangat
kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..
Powered by
Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com