Sebab-sebab Susu Ibu Boleh Berkurangan

Created with Sketch.

Sebab-sebab Susu Ibu Boleh Berkurangan

Secara teorinya, susu badan akan mengikuti keperluan bayi, tapi nyata
ia tak semudah teori, bila dah mula bekerja, ramai ibu yang mendapati
demand > supply, atau keperluan anak melebihi yang ibu dapat pam
& bekalkan setiap hari.
Benarkah hal sebegini boleh berlaku? Dan kenapa? Jom kita tengok puncanya.

 

1- KEKERAPAN MENGEPAM

Biasanya bila dah mula sibuk, ibu yang dulunya mengepam 3-4 kali
sehari di pejabat, akan kurangkan sesi kepada 2-3 kali, atau sekali,
atau kadang2 tak sempat pam langsung!
Bila frekuensi mengepam dikurangkan, susu ibu akan berkurangan kerana
signal menghantar pesanan kepada otak “Buat susu” sudah dikurangkan.
Umpamanya dulu sorang beli kuih 4 ketul, sekarang sorang beli seketul je
jadi makcik kantin pun tak buat kuih banyak2, nanti takde orang nak
beli, membazir pulak.
Solusinya : Jangan skip pam. Kalau ada duit lebih, invest untuk pam yang boleh handsfree, so sambil2 buat kerja tu boleh mengepam.

 

2- CARA PENJAGA BAYI BERI BAYI MINUM

Ingat teori demand = supply tadi. Macam agak tak logik kan bila
hantar pengasuh je tiba2 baby minum lebih banyak dari supply. Mungkin
juga sebab cara si penjaga tu beri susu kepada baby. Asal nangis sikit,
kasik susu. Yang si baby pula, disebabkan aktiviti sucking (menghisap)
tu boleh tenangkan dia, so dia hisap telan je lah walaupun tak lapar.
Mana la tak jadi maknya pam 10oz, baby minum 20oz. Dah, asal “Ekk..”
sikit, bagi susu. Sedangkan si baby nak dipeluk atau diagah je :)
Lagi satu, ada pengasuh yang terus panaskan sebotol penuh. Jadi walapun bayi minum sikit, yang lebih tu dibuang sajalah.
Solusinya: Educate pengasuh bayi tentang cara handling susu ibu. Dan boleh juga menggunakan teknik “paced bottle feeding“.

 

3- CARA IBU SIMPAN SUSU PERAHAN

Ada kaitan sikit dengan no (2) di atas. Misalnya ibu jangka anak
minum 10oz, jadi dia hantar 2 botol susu 5oz setiap satu. Anaknya minum 4
kali di rumah pengasuh.. Lalu pengasuh tu panaskan sebotol setiap sesi
minum susu. Tamat sesi kedua, alamak, dah habis! Iya la, walaupun 10oz,
tapi ibu hantar 2 botol saja.
Solusinya : simpan susu ikut keperluan bayi minum setiap sesi. Kalau tak dapat agak, simpam average 2-3 oz saja dalam satu container.

 

4- OUTSTATION

Bila outstation, kadang2 ibu tak bawa bayi bersama. Jadi, ibu kena
tahu yang dia kena pam 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam sekali setiap hari
untuk maintain production. Kadang2 ibu tak sedar sebab biasanya bayi
minum direct pada waktu malam.
Solusinya : Pam siang & malam ikut time.

 

5- KEBERKESANAN PAM

Macam benda2 lain, pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya bila dah
lama dipakai. Misalnya valve jadi haus, longgar, etc. Ini akan
menyebabkan pam tu gagal utk membantu ibu mengosongkan payudara.
Solusinya : Gunakan pam hospital-grade; lakukan Marmet selepas pam & dah tak keluar susu utk kosongkan payudara.

 

6- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN

Bila sakit, jumpa doktor & dia bagi ubat… Beritahu doktor yg kita
tengah breastfeed & minta dia beri ubat yang selamat utk BF. Rujuk
entry saya yang sebelum ni utk sedikit panduan.
Solusinya : Ambil tahu tentang kesan ubat2 terhadap penyusuan.. Ehem, vitamin bukan ubat ya!

 

7- PENGAMBILAN PIL PERANCANG

Sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu. Mahu tahu pil jenis apa? Rujuk sini untuk jawapannya.
Solusinya : Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.

 

8- MENGANDUNG

Mengandung boleh kurangkan susu. Kerana hormon estrogen & progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’.

 

9- GROWTH SPURTS

Bila bayi mengalami growth spurts, harus dijangka perangainya berubah
sikit, dan tabiat menyusunya pun berubah. Mungkin jadi semakin
demanding.
Solusinya : sediakan stok untuk hadapi saat2 begini & tambah sesi mengepam.

 

10- STRESS

Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin jadi
stress. Stress boleh mengurangkan susu? Ya, kerana tubuh kita ‘sibuk’
buat benda lain dan ‘tak layan’ hormon2 penyusuan.
Solusinya : amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik & teknik hypnobreastfeeding.
Jangan risau bila susu kurang, ia adalah asam garam biasa dunia penyusuan. Yang penting, kita tahu macamana nak selesaikannya.
Kredit Mommy Lyna
Ketahui cara untuk mendapatkan pos dan keahlian PERCUMA!!!

Riza Afzan Asri

ID 868991

nuhasafiya@yahoo.com

012-4637064

Happy to Share, Pleasure to Help!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..
Powered by
Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com