Elak Sakit Pinggang? Ini Tips Untuk Rider Yang Berbaloi Anda Cuba

Bagi mereka yang kerap join konvoi, pasti yang kita nak tahu adalah bagaimana nak elak sakit pinggang. Betul tak? Azab sangat-sangat. Dan pastinya, jika ada tips elak sakit pinggang naik motor, pastinya berbaloi untuk cuba.
TIPS ELAK SAKIT PINGGANG NAIK MOTOR
1. Tempat Duduk
Tak ramai yang menyedari, tempat duduk anda sendiri menyumbang kepada ketidakselesaan anda, terutamanyapada bahagian punggung dan pinggang. Jika anda mempunyai perancangan untuk membeli tempat duduk lain, pastikan anda cuba ia terlebih dahulu.
Selain itu, ada pelbagai jenis seat yang terdapat di pasaran. Sebagai contoh buttbuffer dan Fego mampu membantu menyebarkan berat anda supaya ia dapat mengurangkan tekanan terhadap pinggan serta tulang belakang anda
2. Backrest/ Tempat sandar
Bagi pengguna skuter macam aku, memang terlebih untung sebab bagi model SYM tahun 2008 dan ke atas, memang dah ada back rest.
Tapi bagi yang tiada, rasanya anda boleh cuba ke kedai kusyen dan minta mereka “custom-make” backrest yang sesuai.
3. Posture
Cara anda meletakkan posisi anda semasa menunggang juga mempengaruhi tekanan ke atas tulang belakang anda.
Malah, pemilihan motosikal juga akan mempengaruhi jenis postur yang perlu anda hadapi semasa menunggang.
Bagi mereka yang mempunyai motosikal berkuasa tinggi dalam kategori “sportbike” , anda berkemungkinan berada dalam posisi yang sangat jauh dengan postur yang salah dari hande bar dan akhirnya menyebabkan rasa tidak selesa yang berpanjangan.
4. Handlebars
Anda perlu consider untuk membetulkan handlebar atau membeli “risers” untuk mengurangkan kesakitan. Jarak antara anda dan handlebar akan menyebabkan kesakitan pada tulang belakang anda jika anda terlalu menunduk.
5 Stretching/ Regangan
Pernah tak anda buat regangan atau stretching sebelum dan selepas menunggang? Sebenarnya cara terbaik untuk mengurangkan sakit pinggang adalah melakukan regangan ringkas sebelum anda memulakan konvoi.
Tak salah ajak kawan-kawan konvoi buat regangan sikit. Jadi, nak buat stretching sebelum konvoi dan kurangkan sakit pinggang anda ATAU nak jaga macho sangat dengan terus ride dan akhirnya menderita sakit pinggang? PILIHAN di tangan anda 🙂
Dan tak lupa juga, masa buat pit stops pun kena buat stretching ye. Hamstring kita akan mengecut dengan sangat kuat akibat menunggang dan ia perlu diregangkan kembali ke keadaan yang normal.
Jika hamstring mengecut, ia akan menarik bahagian bawah belakang menyebabkan sakit belakang. Jadi jangan lupa untuk membuat regangan sekurang-kurangnya 10-20 saat setiap kali ya?
Kredit: Edgarsnyder
PERSEDIAAN LAIN SEBELUM KONVOI ELAK SAKIT PINGGANG
Selain itu, anda perlu buat persediaan sebelum anda nak memulakan tunggangan. Persediaan ini bukan sejam sebelum ye? Persediaan ini perlu bermula sekurang-kurangnya seminggu sebelum konvoi bermula.
Antara yang boleh saya cadangkan adalah :
1. Senaman Elak Sakit Pinggang
Buat latihan regangan bagi pinggang anda sekurang-kurangnya setiap hari selama seminggu.
Ini akan membantu menyediakan tubuh bagi perjalanan jauh yang sememangnya akan membebankan tubuh terutamanya di bahagian pinggang serta pangkal punggung
2. Stay hydrated
Biasakan diri untuk minum air secara kerap. Ini akan memastikan tubuh anda sentiasa dalam keadaan terhidrasi dan membantu mendetokskan badan anda daripada toksin-toksin yang melemahkan tubuh
3. Mulakan amalan pengambilan suplemen bagi kesihatan tulang & sendi anda Untuk Elak Sakit Pinggang
Ostematrix Shaklee
Kalsium penting bagi menguatkan tulang serta membantu menguatkan kembali tubuh anda. Jadi takde la asyik rasa cramp atau lenguh je
Yang best, Ostematrix Shaklee mengandungi Vit D3 atau calcitriol sekali. Calcitriol ini berfungi untuk meningkatkan kecekapan tubuh untuk menyerap kalsium supaya ia tidak hilang dikumuhkan dari badan.
Cara nak amalkan cukup mudah:
Makan 2 biji di waktu pagi dan 2 biji lagi 2 waktu malam. Mudah kan? Lupa pulak, kami cadangkan anda makan sebelum tidur sebab ia bantu tingkatkan penyerapan kalsium oleh tubuh memandangkan ketika itu anda tak buat apa-apa pun 🙂
Advanced Joint Health Tablet (AJHT)
AJHT mengandungi
- ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda
- ekstrak Jagung
- nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.
Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%
So, takkan nak tengok je? Tak teringin ke nak konvoi direct dari KL dan terus ke Hatyai? Berhenti pun sekejap untuk isi minyak. Then ambil peluang pulak terus sampai ke 1000 corners? Fuh, heaven kan?
Jom join mereka yang telah mencuba dan berjaya mendiamkan terus suara-suara kecil yang selalu kata “Bawak motor besar tapi kata lenguh-lenguh. Nampak sangat badan dah second hand. Baik naik kereta je. Lagi selesa”.
Anda mahukan tawaran yang lebih baik? Mungkin diskaun 10-15% bagi Vivix? Hubungi saya sekarang. Ada rahsia yang ingin saya kongsikan yang pastinya amat berbaloi-baloi!